Kehidupan awal dan pendidikan Liyana_Jasmay

Liyana Jasmay dilahirkan pada 28 Mac 1988 di Kuantan, Pahang kepada pasangan Jasmay Md. Shah dan Habsah Simpon. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan, salah seorang kakaknya ialah Adriana. Liyana dibesarkan di Kuala Lumpur, mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Liyana yang lebih mesra dengan panggilan Nana ialah seorang anak yang manja dan beliau cukup mengerti jika ada yang tidak selesa dengan perwatakannya yang hiper dan suka ketawa.[6]

Pada tahun 2012, beliau berangkat ke Manhattan, New York, Amerika Syarikat bagi menjalani kursus seni lakonan, pengarahan dan penulisan skrip di Akademi Filem New York (NYFA) selama 6 bulan, ditemani oleh ibunya.[7] Beliau merupakan graduan Diploma Seni Persembahan dan Media dari Universiti Sunway.[8]

Rujukan

WikiPedia: Liyana_Jasmay http://www.harnas.co/2017/02/07/peruntungan-baru-l... http://www.budiey.com/drama-mini-ponti-anak-remaja... http://www.budiey.com/filem-sindiket/ http://www.budiey.com/trailer-dan-sinopsis-drama-l... http://galaksi-media.com/hiburan-ny-cinta-supertel... http://www.imdb.com/name/nm2885232/ http://www.limauais.com/sinopsis-filem-senjakala-l... http://www.liyanajasmay.com/ http://nurizspace.com/2013/09/ny-cinta-lakonan-bro... http://www.ohbulan.com/14-foto-terbaru-liyana-jasm...